INGIN MENJADI SEORANG PENGKARYA?
Menjadi seorang pengkarya bukanlah mudah. Seseorang itu perlu tahu apa yang ingin dikaryakan, apa yang ingin diceritakan atau apa yang hendak diketengahkan pada setiap karyanya walaupun tidak dimestikan.
Di sini saya cuba memberi sedikit gambaran penyediaan untuk berkarya. Namun demikian anda perlu banyak membaca mengenai bahan – bahan mengenai seni, istilah seni, sejarah seni dan berminat untuk mempelajarinya.
BAHAN KAJIAN ATAU TEMA
Pemilihan bahan adalah penting dalam mencorak karya seseorang itu. Seseorang pengkarya boleh memilih apa saja tajuk atau bahan asas dalam mengambarkan sesuatu.
Jika seseorang itu ingin berkarya secara tradisional dari segi bahan, ia boleh memilih bahatara seperti cat minyak, tempera, arkilik atau cat air. Jika ia ingin berkarya secara lebih moden atau kontemporari bolehlah memasukkan bahan tambahan atau teknik seperti Collage, Assamblage, Mix-media mahupun kesan teknologi masakini ke dalam karyanya.
Memasukkan Tema atau tajuk juga boleh berasaskan kepada bagaimana seseorang pengkarya mencorak karyanya. Pada sesetengah pengkarya ia memilih dahulu untuk tajuknya sebelum berkarya dan ada yang memikirkan tajuk selepas berkarya.
Pelukis yang lebih naif (tulus) berkarya mengikut rasa dan perasaannya semasa bekarya. Ia berpuashati dengan apa yang dihasilkan tanpa memikir apa yang ingin diperkatakan oleh orang lain. Ia mencipta dan mencipta karya yang dirasakanya apa yang ingin dirasakan
Bagaimana pula dengan anda?
February 21st, 2010 at 6:25 pm
menjadi pengkarya merupakan pendidik visual yang kreatif dan ‘pelajar’nya juga perlulah mempunyai mentaliti yang baik dan bagus. Setiap ‘pelajar’ dan ‘pendidik ‘ ini juga perlu banyak ilmu supaya yang disampai mencapai objektif